Isnin, 22 Ogos 2011 | By: Srikandi Azzinnirah

Soal Jawab Aurat


-Bismillahirrahmanirrahim-

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita

tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur

kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan

perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan

tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi

berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu

wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat

sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia

sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang

tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. (jawapan kebanyakan artis)

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin

kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik

mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah,

Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem

untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)


-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat

nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa

aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas

melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


(perkongsian dari sahabat-catatan dari muka buku)

Sabtu, 2 Julai 2011 | By: Srikandi Azzinnirah

Irfan Makki feat. Maher Zain - I Believe

-Bismillahirrahmanirrahim-


When you’re searching for the light

And you see no hope in sight

Be sure and have no doubt

He’s always close to you

He’s the one who knows you best

He knows what’s in your heart

You’ll find your peace at last

If you just have faith in Him(Masbro Maher Zain:Allah)

You’re always in our hearts and minds(Masbro Maher Zain:Allah)

Your name is mentioned every day

I’ll follow you no matter what

My biggest wish is to see you one day

Chorus:

I believe

I believe

Do you believe, oh do you believe?

Masbro Maher Zain

Coz I believe

In a man who used to be

So full of love and harmony

He fought for peace and liberty

And never would he hurt anything

He was a mercy for mankind

A teacher till the end of time

No creature could be compared to him

So full of light and blessings(Masbro Maher Zain:Muhammad)

You’re always in our hearts and minds

Your name is mentioned every day

I’ll follow you no matter what

If God wills we’ll meet one day

Chorus

If you lose your way

Believe in a better day

Irfan makki

Trials will come

But surely they will fade away

Masbro Maher Zain

If you just believe

What is plain to see

Just open your heart

And let His love flow through

Masbro Maher Zain and Irfan Makki

I believe I believe, I believe I believe

Masbro Maher Zain

And now I feel my heart is at peace




Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki

Melody: Irfan Makki & Maher Zain

Arrangement: Maher Zain

Sabtu, 18 Jun 2011 | By: Srikandi Azzinnirah

Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari ADAM

Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.


Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.


Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.


Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?


Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?


Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?


Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~


Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?


Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?



Baca ni ;


Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.


Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.


Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?


Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT."


Petikan dari artikel di Facebook : Semerdu Kalam Seindah Islam
Selasa, 17 Mei 2011 | By: Srikandi Azzinnirah

Saya Mahu Membantu Semahu-mahunya & Sedaya Saya


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah
Aku memohon
Izinkan kedua tanganku ini menghulur sedayanya
Izinkan kedua kakiku ini melangkah semampunya
Izinkan titis peluh ini menitis di jalan ini
Izinkan darah ini mengalir hanya di jalan ini
Izinkan seluruh anggota ini berkhidmat hanya untukMu
Izinkan seluruh jiwa ini beramal hanya untukMu
Izinkan aku bertetapan untuk membantu agamaMu
Aku mohon Ya Allah
Makbulkanlan doa yang satu ini



Tidak semua faham apa yang kita rasai, biarkanlah...Memberi selagi terdaya, bukan nak tunjuk baik, kerna kita semua sama, insan istimewa yang diciptakan oleh Tuhan yang sama cuma kita ini setiap darinya ada cita-cita dan impian yang berbeza. Meluah sekadarnya, sebab ada kesedihan jauh di sudut hati, bukan jua mahu minta simpati, tapi kerna saya bebas meluahkan apa saja di sini sekehendak dan semahu rasa hati.


-Hamba Yang Lemah-
Ahad, 15 Mei 2011 | By: Srikandi Azzinnirah

Guru Dahulu & Guru Sekarang


Asslamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim

Guru dahulu vs Guru zaman sekarang
p/s: Mungkin ada kebenarannya komik ini :)


Selamat Hari Guru

kepada seluruh

Cikgu2 Tadika Perpaduan
Cikgu2 SEK KEB BT 9 Cheras Kajang
Ustaz Ustazah SRA BT 9 Cheras Kajang
Cikgu2 Teacher2 Ustaz n Ustazah SEK KEB Bandar Tun Hussein Onn
Cikgu2 Teacher2 Ustaz n Ustazah SEK KEB Leftenan Adnan
Ustaz n Ustazah SRA Rahmaniah Sg Ramal Luar
Guru-guru Maahad Al-Ehya El-Karim Tg Bidara Melaka
Cikgu2 Teacher2 Ustaz n Ustazah SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Cikgu2 Teacher2 Ustaz n Ustazah SAMT Bt 38
Pensyarah2 Akademi Pengajian Islam Nilam Puri
Pensyarah2 Akademi Pengajian Islam UM KL
Pensyarah2 Universiti Malaya
Pensyarah2 Jabatan Dakwah Pembangunan Insan
Pensyarah2 Jabatan Pengajian Media
Cikgu-cikgu Tuisyen
Guru-guru Kelas Mengaji


Kalau tak pergi sekolah barangkali mungkin saya tak kenal ABC, 123, alif ba ta sekarang

Kalau tak pergi sekolah saya tak tahu untuk apa manusia itu diciptakan

Kalau tak pergi sekolah saya tak tahu bagaimana nak membaca Al-Quran dengan betul

Kalau tak pergi sekolah mesti saya tak pandai membaca, mengira dll

Kalau tak pergi sekolah saya tak tahu Malaysia ini bentuknya macam mana

Kalau tak pergi sekolah mesti saya tak tahu perkara2 penting yang saya perlu tahu

Kalau tak pergi sekolah mungkin hari ini saya tak berada di universiti

Itulah....

Kalau saya tak pergi sekolah


Kepada guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, muallim-muallimah, murobbi, pensyarah-pensyarah terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Jika tidak kerana kalian harini saya tidak akan menjadi 'orang'.

Ditujukan lagu ini kepada semua yang telah mengajar, mencurahkan sebanyaknya ilmu dan mendidik saya :)

Khas Buat Insan Yang Bergelar Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Lama juga blog ini tak ter'update', ^_^
Tak boleh juga nak kata masa tak cukup, sebab tiap hari Allah bagi kita masa 24 jam, walaupun ada kadang kita berharap mahu sehari itu ada 48 jam :) iya bukan?

Tanggungjawab banyak? Manusia memang banyak tanggungjawab...itu tak dinafikan...cuma kadang2 ada kekesalan pada diri apabila suatu tanggungjawab itu kita tak dapat lakukan dengan baik...Biar ada kekesalan yang dirasai, dan jangan pula tak da perasaan bila kita melepaskan suatu tanggungjawab :)

Pengurusan? Pengurusan apa? diri? Masa? tenaga?
Pengurusan masa yang harus diperbaiki...banyak tugas serta tanggungjawab yang tak dapat dilakukan dengan baik apabila kita gagal menguruskan masa...Biarkan diri menguasai masa, bukan masa yang menguasai diri...Kita yang control masa bukan masa yang control kita...:)

Celoteh di atas adalah nasihat untuk diri sendiri ^_^ saya be
bas menasihati diri sendiri apabila berada di laman bicara fikrah ini :) hehe bukan mahu mencari publisiti tetapi menulis sekehendak, juga semahu-mahunya, melepaskan segalanya apa yang terlintas sejenak di benak fikiran, ya! melepaskan apa sahaja....supaya saya ini beringat!


Hari Ibu?

Beberapa hari yang lepas satu dunia menyambut Hari Ibu, macam-macam iklan wishes Mothers Day yang keluar kat TV, Radio, Internet dll. Perkhidmatan talian komunikasi seperti Maxis, Celcom dll sibuk meghantar MMS ucapan Hari Ibu-Mothers Day kepada seluruh pelanggannya :) Nampak meriahkan...Ibu-ibu di satu dunia mungkin merasa terlebih bahagia hanya pada hari itu sahaja dan tidak pada hari-hari sebelum Hari Ibu atau selepas Hari Ibu. Si anak di satu dunia semuanya sibuk beli bunga, beli coklat, beli jam tangan, beli kek, beli.....(semuanya lah nak beli). Meriah si ibu bersama anak-anaknya...Saya? Apa yang saya buat? Secara jujur, saya tak buat apa-apa :D Pada saya tiap-tiap hari adalah Hari Ibu...Kenapa mesti nak menggembirakan ibu hanya pada Hari Ibu? Bagi hadiah hanya pada Hari Ibu? Buat ibu kita rasa terharga hanya pada Hari Ibu? Ibu kita berjasa pada kita bukan sehari sahaja tetapi sehayat kita...dari dalam perut ibu, keluar dari perut ibu, menjadi bayi, kanak-kanak hinggalah kita dah besar,remaja, dewasa, tua dan kembali pada pencipta :)

Adakala saya terfikir, bagaimana boleh wujudnya Hari Ibu? Ada terbaca satu artikel mengenai sejarah Hari Ibu yang katanya, Hari Ibu ini merupakan perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Mungkin juga ada betulnya (harus dikaji semula).


Ibu Emak Mommy Mama Umi Mami Bonda

Kalau boleh hari-hari nak ucap...uhibbu umi :)



Saya bersyukur kepada Allah, kerana ada ibu yang tak pernah jemu mengajar, mendidik kita dari kecil hinggalah ke besar...biarpun kena marah dulu, biarpun kena rotan, di hati ibu anak adalah yang pertama. Waktu kita buat salah, memang ibu marah...sebab ibu tak nak kita jadi orang jahat...petanda ibu sayangkan kita ;) lepas kena marah, kita beriya-iya merajuk, siapa juga yang pujuk? ibu juga kan? Biarpun senakal mana pun kita, hakikatnya ibu tetap sayangkan kita...

Ibu ajarkan kita baca Quran waktu kecil dulu, alif, ba, ta hinggalah kita pandai mengaji Kitabullah Al-Karim :) Ibu ayah hantarkan kita pergi kelas mengaji agama, dari tak tahu hukum hakam, rukun Islam, rukun Iman...hinggalah kita tahu dan faham tentangnya...Ajarkan kita bagaimana nak menutup aurat, betulkan tudung yang dulunya kita pakai senget2...:) hehe Kemas teratur hidup diuruskan ibu :) Tiap hari saya berdoa agar saya ini menjadi anak yang solehah yang dapat taat kepada kedua ibu bapanya, menghormati dan menyayangi ibu ayah sehayat yang ada...Membalas jasa dan menjaga mereka sehayat saya...Pengorbanan ibu juga ayah yang tak pernah saya lupakan...Pujuk kita bila kita menangis, Beri semangat waktu kita lemah..Bangunkan kita waktu kita jatuh....Allahurabbi...hanya Engkau sahaja yang mengetahui beapa besarnya jasa mereka. Tanpa didikan mereka ini, tak pasti apa yang akan jadi dengan insan yang bernama Liyana Nadzirah ini. Alhamdulillah Ya Allah ..



















Saya tujukan lagu ni khas buat ibu saya Puan Mahawa juga buat ibu2 di seluruh dunia :D



Doakan saya supaya menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa saya, juga menjadi ibu yang solehah kepada anak-anak kelak..Aamin Ya Rabb...
Jumaat, 8 April 2011 | By: Srikandi Azzinnirah

Laut Marah

Dulu....
Laut yang terbentang itu selalu aku lihat,
Membiru, sebiru-birunya,
Cantik...
Indah...
Terubat kekusutan yang melanda diri,
Ketenangannya benar-benar meresap ke jiwa.


Dulu....
Ombak yang menderu,
Bagaikan menyanyikan lagu yang riang,
Menjadi penawar pada hati yang sedih,
Desir angin yang bertiup,
Menyejukkan hati yang mendidih merah.


Namun kini....
Yang ku lihat,
Hanyalah lautan yang memuncak marah,
Permukaannya tak lagi membiru,
Indahnya tercela.


Deruan ombak,
Mengaum marah,
Hempasannya memecah dinding tegar,
Kemarahannya makin membuak,
Desir angin kuat memekik,
TANGAN MANUSIA JAHAT!!


Tangan manusia menjahanamkan kami,
Tangan manusia mencabul keindahan kami,
Tangan manusia mencacatkan deria kami,
Tangan manusia mencoretkan luka hati kami,


Ada pada itu,
Aku yang terpaku,
Terpana....
Mendengar keluhan berat si laut marah!


-Pena Alyana-
-Nur Lembah Pangsun-
3.35 petang-19 Mac 2011

Di Jalanan Kenangan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Bicara Fikrah. Dikuasakan oleh Blogger.